^_^ smileyX BLOG ^_^

Monday, April 13, 2009


Untuk pengguna Blogspot, rasanya korang tak perlu kisah pasal free image hosting ni, kerana di Blogspot dah tersedia tempat untuk korang upload file kan? Ini berbeza untuk sesebuah blog self hosted yang mempunyai ramai reader, bandwidth selalunya menjadi penghalang yang paling besar untuk kelancaran sesebuah blog. Lebih banyak gambar yang dihoskan sendiri, lagi ligat bandwidth bergerak. Itu belum kira gambar yang diambil orang mereka yang tak bertanggungjawab dengan meletakkan di blog tanpa proses download dan upload semula (hotlinking orang panggil).
Selain dari bandwidth, gambar yang di’load oleh ramai orang dalam satu-satu masa akan meningkatkan peratusan load server yang memungkin’kan hosting korang akan disuspend oleh pihak hosting. Kerana itu ramai perlu mencari cara lain untuk host’kan gambar di internet biarpun leceh sedikit berbanding upload terus dengan begitu mudah melalui Wordpress kan? Antara blog Khai yang yang terpaksa menggunakan free image hosting adalah Oh! Tidak dan Oh! Artis di mana dua web tu sememangnya menerima banyak hit setiap hari dan memang banyak sangat gambar yang ada kat sana. Tapi soalnya, Photobucket, Imageshack atau Flickr? Jom kita detail’kan satu persatu.

Flickr - Photo Sharing

Flickr popular pada namanya kerana dah menjadi milik Yahoo sepenuhnya. Bagaimanapun, Flickr mempunyai limit upload dan storage yang hanya dapat dimansuhkan dengan Pro Account yang berharga USD25. Satu harga yang berbaloi untuk korang yang gilakan Flickr. Bagaimanapun, Flickr tidak membenarkan direct link image secara terus ke website tetapi ada je caranya. Hehehe. Apapun ianya satu pilihan yang tak berapa baik untuk korang yang mahu menggunakan Flickr sebagai image hosting untuk blog dan web. Jadikan portfolio photography korang boleh lah.

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket menyediakan storage yang terhad begitu juga dengan bandwidth yang hanya 10GB setiap bulan (hanya 14MB satu hari). Bagaimanapun, masalah bandwidth yang terhad ni dapat diselesaikan dengan upgrade akaun korang ke Photobucket Pro yang akan mengubah status bandwidth korang kepada unlimited. Khai dah pernah cuba (free account), dan bandwidth hanya mampu bertahan selama 4 hari sahaja sebelum gambar-gambar di website bertukar menjadi seperti ini [klik]

Imageshack - Online Media Hosting


Imageshack menyediakan storage yang tiada had. Ini bermakna korang boleh upload seberapa banyak gambar yang korang mahukan. Tetapi bandwidth pula hanya 100MB bagi setiap gambar dalam 1 Jam. Ini bermakna setiap gambar yang bersaiz 100kb, mampu dilihat oleh 1000 orang dalam setiap satu jam. Do the math: 1.16MB setiap minit atau 28kb setiap saat untuk 1 gambar. Ini sangat berbaloi kerana blog korang pun bukanlah sepopular Berita Harian atau Utusan bukan? Hehehe.
Imageshack tidak seperti Photobucket atau Flickr, korang tidak perlu mendaftar dahulu untuk men’upload’ sebarang gambar atau video. Tapi macam biasalah, kalau register, korang akan ada album yang boleh dimanage sendiri. Boleh control gambar nak padam atau apa. Selain boleh upload Multiple Images dalam satu-satu masa.
Ketiga-tiga web ini boleh di’implementasikan supaya mampu untuk dipaparkan di blog dan nyatanya, adalah percuma untuk kegunaan non-comercial. Walaupun percuma, sebagai pengguna yang bijak, korang sendiri dah tahu sekarang kan mana satu yang patut dipilih bukan? Pilihan Khai, absolutely Imageshack si katak. Sebagaimana yang korang dapat lihat di Oh! Artis dan juga Oh! Tidak.
Selamat menbuat keputusan.

0 Comments:

Post a Comment

"terima kasih sudi komen"

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home